12.8.11

Ipoh sangat panas.



Dugaan betul berpuasa bulan ni. Kenikmatan air bandung cincau begitu terasa sekali apabila peluh mula membasahi segenap tubuh ini. Taktau la mengenai cuaca kat tempat lain, tapi Ipoh, fuhhh.. 45 darjah celcius ooo. Haih.

Aku bukan manja. Tak tahan panas la. Takut hitam la. Pada sesiapa yang kenal aku ( or yang tak kenal, boleh ke page aku untuk melihat gambar2 aku ) tahu yang aku sememangnya tidak mempunyai masalah ngan kepanasan. Warna kulit memainkan peranan. Huhu.

Namun, apabila aku bersuara mengenai kepanasan yang dialami, respons yang aku dapat kebanyakannya mesti sama. "Neraka lagi panas"

Me : Panasnya~
Kawan : Relax la. Baru panas dunia. Neraka lagi panas.

Me : Gila babi la panas ni~
Cikgu : Jangan mencarut! Neraka lagi panas kamu tau tak?

Me : Panas betul hari ni kan, sayang?
Lisa Surihani : Sabar la daddy, neraka lagi panas tau.

Ok. Yang last tu fatamorgana yang tercipta bila panas menguasai diri.

Aku tak puas hati kenapa respons tu yang aku dapat?

Apasal diorang yakin sangat yang aku akan masuk neraka ni?

Tidak memerlukannya jawapan dari andanya pun.


11.8.11

dilemma bulan Ramadhan

Aku menghadapi masalah untuk tidur.

Akhirnya, selepas sahur, dalam pukul 8 lebih, aku dapat melayari bahtera indah.

Setelah energy di-charge ke tahap maksima, disokong pulak panas bilik aku, aku terjaga.

Aku on pc aku, melihat status download cerita 'Horibble Bosses' dan 'Anchorman'. Aku tau. Klasik kan? Ntah. Will Ferrell tak pernah mengecewakan bila aku cuba mencari sedikit keriangan di hati.
Lagi satu cerita dia yang best bagi aku ialah ' The Other Guy'. Bagi aku, cerita tu sangat-sangat hebat. Setiap apa yang aku fikirkan akan terjadi, pasti sebaliknya yang berlaku. (sorry.. lari topik)

Aku pun mula tembak2 zombie, buka FB dan men-download lagu, tetiba aku terpandang waktu kat monitor desktop aku.

Eh, pukul 6.50pm. Aku menghulur kepala keluar bilik aku, aku cari jam dinding aku, eh, 2.45?

Untuk mencari kepastian, aku mencari handphone dan jam tangan aku.
Handphone : 2.48pm
Jam Tangan : 2.40pm

Dilemma yang betul2 mengugat keimanan dan kesabaran di bulan puasa. Lalu aku ke ruang tamu, bertanya pada mak aku,

" Mama, pukul berapa sekarang?"

Mak aku tekan 'info' pada alat kawalan jauh Astro. Aku memandang pada TV LED 40" kami.
Lalu mak aku berkata.

" Pukul 3, awat?''

Argh. Aku nak percaya jam kat komputer aku.

Aku tidak mempedulikannya pun.